Friday, May 29, 2020

BELAJAR DI ATAS TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari ini saya nak ceritakan tentang, pengalaman belajar secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara aplikasi yang saya gunakan adalah Google Classroom dan WhatsApp.


Google Classroom - Apps on Google Play

Ini kali pertama saya belajar menggunakan Google Classroom dan saya rasa seronok. Google Classroom sangat mudah dan saya boleh belajar banyak subjek dalam satu tempat. Muallim dan Muallimah pun banyak membantu saya semasa saya menyiapkan tugasan. Jadi, saya pun dapat siapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

WhatsApp - Wikipedia

Untuk subjek Al Quran dan Tahfiz, saya menggunakan aplikasi WhatsApp untuk membuat  panggilan video. Kelas Tahfiz & Al Quran diadakan setiap hari kecuali hari Khamis, Sabtu dan Ahad.Walaupun saya rasa gemuruh, saya tetap rasa bersemangat untuk habiskan hafalan saya. Jadi, walaupun musim PKP saya dapat mencapai target yang ditetapkan.


Kesimpulannya, kalau kita nak belajar, banyak cara dan aplikasi yang kita boleh gunakan. Muallim dan Muallimah pun ada untuk kita nak tanya apa-apa soalan. Jasa Muallim dan Muallimah sangat saya hargai dan saya berterima kasih